Berita Berita
Pemandu trak maut, jumlah korban tragedi babit FRU di Teluk Intan meningkat kepada 10 orang

IPOH 8 Mei – Pemandu trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi tadi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon yang memaklumkan kematian pemandu lori muatan batu berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban meningkat kepada 10 orang.
Menurut Sayani, ketika kejadian, terdapat 18 anggota polis FRU berada dalam trak tersebut yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan sempena perayaan Chitrapournami di Teluk Intan.
“Pemandu lori yang membawa muatan batu itu juga disahkan meninggal dunia semasa dirawat di hospital,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin mengesahkan sembilan anggota FRU maut dalam insiden itu, termasuk seorang yang meninggal dunia di hospital, manakala lima lagi anggota dilaporkan cedera ringan.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin pula menjelaskan semua anggota FRU yang terlibat merupakan anggota Unit 5 dari Sungai Senam, Ipoh. Beliau turut memaklumkan satu kenyataan rasmi berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Kemalangan tragik itu berlaku selepas lori muatan batu dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng lalu merempuh trak FRU dari arah bertentangan. Kejadian menyayat hati ini mencetuskan kesedihan mendalam dalam kalangan masyarakat dan pasukan keselamatan negara.
Berita berkaitan
May 13, 2025, 6:13 pm
Ramasamy dijangka berdepan 17 tuduhan pecah amanah bernilai RM850,000 esok
May 13, 2025, 5:38 pm
MOT tubuh Pasukan Petugas Khas siasat tragedi lori rempuh trak FRU
May 13, 2025, 5:20 pm
Ahmad Zahid: Pemilik lori juga perlu bertanggungjawab dalam tragedi nahas FRU
May 13, 2025, 5:05 pm
Agong, Raja Permaisuri zahir dukacita atas tragedi nahas FRU di Teluk Intan
May 13, 2025, 4:58 pm
Pemandu lori terbabit nahas FRU ada rekod jenayah lampau
May 13, 2025, 4:05 pm
Malaysia masih menanti jawapan Arab Saudi berhubung kuota tambahan haji
May 13, 2025, 2:47 pm