TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tragedi FRU: KPN zahir takziah, jamin kebajikan keluarga mangsa diberi perhatian

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Mei - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pagi tadi.

Mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau menyatakan kesedihan mendalam terhadap kejadian menyayat hati itu dan menegaskan jasa serta pengorbanan anggota yang terlibat amat dihargai, khususnya selepas menjalankan tugas rasmi mereka.

“PDRM akan memastikan kebajikan semua keluarga anggota yang terkorban dan juga yang cedera diberikan perhatian sebaiknya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehingga jam 12 tengah hari, sembilan anggota FRU disahkan maut manakala beberapa lagi mengalami kecederaan termasuk ada yang dilaporkan kritikal.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon mengesahkan kemalangan tragik itu membabitkan sebuah lori muatan batu dan trak FRU yang membawa 15 anggota.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin turut mengesahkan kesemua mangsa adalah dari FRU Unit 5 Sungai Senam, Ipoh dan ketika kejadian sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai tugasan sempena perayaan Chitrapournami di daerah Hilir Perak.

Insiden ini mencetuskan gelombang simpati dalam kalangan masyarakat dan mengundang penghormatan terhadap keberanian serta dedikasi pasukan keselamatan negara.

+ - reset