Berita Ekonomi
Pendapatan pelaburan KWSP suku pertama turun 13 peratus kepada RM18.31 bilion
KUALA LUMPUR 3 Jun - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, menurun 13 peratus berbanding RM20.99 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
Jumlah itu termasuk keuntungan belum direalisasikan sebanyak RM1.02 bilion hasil penilaian semula sekuriti (mark-to-market), yang sebahagian besarnya berpunca daripada turun naik kadar pertukaran asing. Selaras dengan dasar KWSP, keuntungan belum direalisasi ini tidak diagihkan sebagai dividen.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata ketidaktentuan dasar dan ketegangan perdagangan pada awal 2025 telah menjejaskan kestabilan pasaran global.
“Walaupun tekanan inflasi berkurangan di beberapa ekonomi, pelonggaran dasar monetari tidak seragam, memberi kesan kepada sentimen risiko. Namun portfolio global KWSP yang pelbagai mengurangkan impak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar dengan RM10.81 bilion, susut 23 peratus berbanding RM14.02 bilion pada suku pertama 2024, disebabkan prestasi pasaran global yang lemah.
Instrumen pendapatan tetap menyumbang RM5.99 bilion (33 peratus), manakala hartanah dan infrastruktur menjana RM1.08 bilion dan instrumen pasaran wang RM430 juta.
Daripada jumlah keseluruhan, RM15.87 bilion dijana untuk Simpanan Konvensional, dan RM2.44 bilion untuk Simpanan Shariah.
Sehingga Mac 2025, aset pelaburan KWSP mencecah RM1.26 trilion, dengan 38 peratus daripadanya dilaburkan di luar negara, menyumbang RM8 bilion atau 44 peratus daripada pendapatan pelaburan.
Pelaburan domestik yang merangkumi 62 peratus daripada aset KWSP terus memberi pulangan stabil melalui dividen, faedah dan keuntungan sukuk, seiring komitmen KWSP melabur lebih 70 peratus peruntukan tahunannya di pasaran tempatan.
Ahmad Zulqarnain turut menyatakan, semakan penurunan terhadap unjuran pertumbuhan global dan serantau, termasuk Malaysia, mencerminkan risiko luaran yang semakin meningkat.
“KWSP mengekalkan pendekatan pelaburan yang dinamik dan pelbagai bagi melindungi nilai serta mengurus risiko, selain terus meneroka peluang di pasaran serantau dan antarabangsa untuk pertumbuhan jangka panjang,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
