Berita Berita
Pemilik bas kemalangan maut pelajar UPSI beri keterangan kepada polis

IPOH 12 Jun – Pemilik bas yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik pada Isnin lalu telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintenden Muhammad Firdaus Abdullah berkata, pemilik syarikat bas berkenaan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada jam 10.30 malam, Selasa.
“Pemilik bas telah meluangkan kira-kira satu jam setengah untuk memberikan keterangan berkaitan kemalangan tersebut,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan bahawa setakat ini, sebanyak 18 individu telah dirakam percakapan termasuk beberapa pelajar UPSI yang terlibat dalam nahas itu.
Dalam kejadian pada 9 Jun lalu, 15 pelajar UPSI maut apabila bas yang disewa khas dan dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke kampus utama UPSI di Tanjung Malim, Perak, terbalik selepas bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 individu cedera termasuk pemandu dan pembantu bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza. – Media Telus
Berita berkaitan
July 1, 2025, 6:05 pm
Pas My50 kini boleh diakses secara digital melalui aplikasi TNG eWallet
July 1, 2025, 5:38 pm
Gangguan trafik dijangka sempena mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di KL
July 1, 2025, 3:29 pm
Bedah siasat sah tiada unsur jenayah dalam kematian dua beranak di Jalan Bukit Gambir
July 1, 2025, 2:43 pm
Peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar IPT cetus kebimbangan KKM
July 1, 2025, 1:55 pm
Anwar puji Aerotrain baharu di KLIA lebih laju dari dahulu, selesa
July 1, 2025, 1:24 pm
Hukuman mati bekas doktor tentera kekal, 3 lagi dibebaskan kes bunuh Kevin Morais
July 1, 2025, 1:19 pm
‘Abang Bomba Sado’ gegar dunia, rangkul 3 pingat Emas di Birmingham
July 1, 2025, 1:12 pm