Berita Jenayah
Penuntut universiti ditahan miliki lebih 5,000 bahan lucah termasuk rakaman sepupu bawah umur
KUALA LUMPUR 19 Jun – Seorang penuntut universiti ditahan dalam satu operasi khas dikenali sebagai Op Pedo selepas didapati memiliki lebih 5,000 bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) dan bahan lucah dewasa.
Suspek turut disyaki menghasilkan sendiri sebahagian daripada rakaman tersebut yang membabitkan dua sepupunya yang masih bawah umur.
Menurut laporan Harian Metro, tangkapan dibuat pada 29 April lalu sekitar jam 4 petang di Gudang, Johor. Ia hasil kerjasama antara Unit Jenayah Siber Google, Unit Malaysia Internet Crime Against Children (MICAC), Bahagian D11 Bukit Aman serta Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor.
Ketua Penolong Pengarah D11, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek dipercayai mengeksploitasi dua kanak-kanak tempatan berusia empat dan sembilan tahun yang juga merupakan sepupunya sendiri.
“Rakaman perbuatan tersebut dipercayai dilakukan menggunakan telefon bimbit di tiga lokasi berbeza iaitu di Selangor, Pahang dan Kelantan,” katanya.
Suspek disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Pada 22 Mei lalu, suspek telah dituduh di Mahkamah Johor atas kesalahan memiliki CSAM dan bahan lucah dewasa. Dia mengaku bersalah dan dikenakan denda RM5,000.
Pada Rabu, suspek turut dituduh di Mahkamah Klang berhubung rakaman eksploitasi kanak-kanak yang didakwa berlaku di kediaman keluarganya di Sungai Buloh antara tahun 2023 hingga 2025.
Menurut Siti Kamsiah, dua lagi kes berasingan sedang dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya melibatkan lokasi di sebuah ladang itik di Maran, Pahang dan sebuah rumah di Kelantan. – Media Telus
Berita berkaitan
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
Taktik tiga lelaki warga Jepun seludup kokain bernilai RM2.4 juta terbongkar di KLIA
November 11, 2025, 3:11 pm
