Berita Berita
Anwar ingatkan kepimpinan baharu PDRM junjung integriti, jangan abai kebajikan warga polis

KUALA LUMPUR 1 JULAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kepimpinan baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengangkat darjat pasukan itu sebagai sebuah institusi keselamatan yang profesional, berintegriti dan dipercayai oleh semua pihak.
Pesanan itu disampaikan beliau ketika menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Putrajaya, Isnin lalu.
Anwar berkata, dalam pertemuan tersebut, mereka turut membincangkan keperluan memodenkan pasukan polis selari dengan perkembangan teknologi keselamatan semasa termasuk kecerdasan buatan.
“Antara yang disentuh dalam pertemuan itu adalah soal memodenkan pasukan PDRM dalam mendepani cabaran keselamatan semasa dengan kecanggihan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Tambah beliau, sebagai institusi penting kepada rakyat dan negara, PDRM memerlukan iltizam serta komitmen tinggi untuk terus memastikan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan agar kebajikan pegawai, anggota dan veteran pasukan tidak diabaikan oleh pucuk pimpinan baharu.
“Selamat maju jaya kepada Datuk Seri Mohd Khalid, semoga dapat mengangkat aspirasi, imej serta reputasi PDRM ke peringkat tertinggi,” katanya lagi.
Datuk Seri Mohd Khalid Ismail secara rasmi dilantik sebagai Ketua Polis Negara mulai 23 Jun 2025 bagi tempoh dua tahun sehingga 22 Jun 2027.
Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, dan menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang telah bersara.
Berita berkaitan
July 1, 2025, 3:29 pm
Bedah siasat sah tiada unsur jenayah dalam kematian dua beranak di Jalan Bukit Gambir
July 1, 2025, 2:43 pm
Peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar IPT cetus kebimbangan KKM
July 1, 2025, 1:55 pm
Anwar puji Aerotrain baharu di KLIA lebih laju dari dahulu, selesa
July 1, 2025, 1:24 pm
Hukuman mati bekas doktor tentera kekal, 3 lagi dibebaskan kes bunuh Kevin Morais
July 1, 2025, 1:19 pm
‘Abang Bomba Sado’ gegar dunia, rangkul 3 pingat Emas di Birmingham
July 1, 2025, 1:12 pm
Guru hilang hampir RM900,000 dalam tempoh 3 minggu tertipu scammer menyamar polis
July 1, 2025, 1:01 pm