Berita Berita
Makin mudah kerja scammer, pesara hilang RM164,000 akibat klik pautan cabutan bertuah di Facebook

JERTIH 1 Julai - Seorang pesara guru kerugian kira-kira RM164,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dalam talian menerusi pautan cabutan bertuah yang kononnya ditawarkan oleh sebuah bank tempatan di laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, mangsa berusia 60 tahun itu menyedari kehilangan wang dalam akaunnya selepas menerima emel daripada pihak bank yang memaklumkan berlaku transaksi mencurigakan pada Khamis lalu.
Menurutnya, lelaki itu kemudian pergi ke cawangan bank di bandar Jertih bagi mendapatkan penyata, dan hasil semakan mendapati sebanyak 39 transaksi pengeluaran telah dilakukan ke pelbagai akaun lain, dipercayai milik pihak yang berpangkalan di luar negara.
“Mangsa yang terkejut kerana tidak membuat sebarang transaksi dalam tempoh tersebut terus pergi untuk mendapatkan penyata di sebuah bank di bandar Jertih, dan semakan mendapati telah berlaku 39 kali pengeluaran dari akaunnya ke akaun berbeza, yang semuanya dipercayai berpangkalan di luar negara.
“Akibatnya, sebahagian besar wang dalam akaun itu hilang dan hanya berbaki sekitar RM30,000 sahaja,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambah Azamuddin, mangsa mengesyaki dia menjadi mangsa penipuan ‘phishing’ setelah memasukkan butiran peribadi dalam pautan yang dikongsi melalui Facebook berkaitan satu peraduan cabutan bertuah palsu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap pautan mencurigakan yang diterima melalui media sosial, terutama yang meminta maklumat perbankan peribadi.
Berita berkaitan
July 1, 2025, 3:29 pm
Bedah siasat sah tiada unsur jenayah dalam kematian dua beranak di Jalan Bukit Gambir
July 1, 2025, 2:43 pm
Peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar IPT cetus kebimbangan KKM
July 1, 2025, 1:55 pm
Anwar puji Aerotrain baharu di KLIA lebih laju dari dahulu, selesa
July 1, 2025, 1:24 pm
Hukuman mati bekas doktor tentera kekal, 3 lagi dibebaskan kes bunuh Kevin Morais
July 1, 2025, 1:19 pm
‘Abang Bomba Sado’ gegar dunia, rangkul 3 pingat Emas di Birmingham
July 1, 2025, 1:12 pm
Guru hilang hampir RM900,000 dalam tempoh 3 minggu tertipu scammer menyamar polis
July 1, 2025, 1:01 pm