Berita Berita
Bil elektrik terkini lebih terperinci, pengguna boleh jejak setiap sen perbelanjaan

KUALA LUMPUR 1 Julai - Pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini boleh memahami secara lebih terperinci perbelanjaan elektrik mereka melalui format bil baharu yang diperkenalkan selaras pelaksanaan struktur tarif elektrik baharu oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Struktur tarif yang diluluskan kerajaan menerusi mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) di bawah Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990 itu akan membolehkan pengguna melihat pecahan tiga komponen utama dalam bil mereka – Caj Penjanaan, Caj Rangkaian dan Caj Peruncitan.
Menurut maklumat di laman rasmi myTNB, pecahan itu adalah seperti berikut:
-
Caj Penjanaan melibatkan kos bahan api, kapasiti penjanaan dan pelarasan harga bahan api global,
-
Caj Rangkaian merangkumi kos operasi, penghantaran serta penyelenggaraan sistem bekalan,
-
Caj Peruncitan pula membabitkan kos perkhidmatan pelanggan termasuk pengebilan dan pengurusan akaun.
"Maklumat ini membolehkan pelanggan TNB meneliti perincian setiap sen yang dibelanjakan, seterusnya membuat keputusan lebih bijak dalam pengurusan tenaga harian," jelas portal itu.
Bil Peralihan Bulan Julai
Bermula Julai 2025, pelanggan akan menerima bil peralihan yang mengandungi dua kadar caj berbeza — satu mengikut tarif lama hingga 30 Jun dan satu lagi berdasarkan struktur baharu bermula 1 Julai.
Bil ini boleh diakses dalam masa 24 jam melalui aplikasi dan portal myTNB, manakala bagi pelanggan bil bercetak, penghantaran dijangka dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh bacaan meter.
Sebagai langkah ketelusan, TNB juga akan mengedarkan risalah pengesahan bacaan meter oleh pembaca meter bertauliah.
Struktur Baharu Sepenuhnya Bermula Ogos
Mulai Ogos 2025, semua pelanggan akan menerima bil elektrik bulanan yang memaparkan keseluruhan komponen baharu ini secara tetap.
Bagi membantu pengguna membuat anggaran bil mereka berdasarkan kadar terkini, TNB turut menyediakan Kalkulator Bil Elektrik secara dalam talian di laman rasmi www.mytnb.com.my/tariff.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui TNB CareLine di 1300-88-5454 atau di cawangan Kedai Tenaga seluruh negara.
Berita berkaitan
July 1, 2025, 3:29 pm
Bedah siasat sah tiada unsur jenayah dalam kematian dua beranak di Jalan Bukit Gambir
July 1, 2025, 2:43 pm
Peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar IPT cetus kebimbangan KKM
July 1, 2025, 1:55 pm
Anwar puji Aerotrain baharu di KLIA lebih laju dari dahulu, selesa
July 1, 2025, 1:24 pm
Hukuman mati bekas doktor tentera kekal, 3 lagi dibebaskan kes bunuh Kevin Morais
July 1, 2025, 1:19 pm
‘Abang Bomba Sado’ gegar dunia, rangkul 3 pingat Emas di Birmingham
July 1, 2025, 1:12 pm
Guru hilang hampir RM900,000 dalam tempoh 3 minggu tertipu scammer menyamar polis
July 1, 2025, 1:01 pm