Berita Berita
Lelaki OKU didakwa bunuh warga emas dengan cota besi selepas ditegur main motosikal

TANAH MERAH 1 Julai – Seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) intelektual berusia 18 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di Kampung Buluh, dalam kejadian pada 19 Jun lalu.
Tertuduh, Tuan Mohamad Izmal Firdaus Tuan Muda, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Majid, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut kertas pertuduhan, pemuda itu didakwa membunuh Shamsudin Mohamed, 60, di tepi sebuah kedai runcit di Kampung Buluh, antara jam 6 hingga 6.30 petang, 19 Jun lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan mengendalikan prosiding, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 2 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan perubatan.
Terdahulu, media melaporkan seorang warga emas maut selepas dipercayai dipukul dengan besi cota oleh seorang remaja lelaki dalam kejadian sekitar jam 6 petang di Kampung Buluh, Gual Ipoh.
Mangsa cedera parah di muka dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Berita berkaitan
July 1, 2025, 3:29 pm
Bedah siasat sah tiada unsur jenayah dalam kematian dua beranak di Jalan Bukit Gambir
July 1, 2025, 2:43 pm
Peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar IPT cetus kebimbangan KKM
July 1, 2025, 1:55 pm
Anwar puji Aerotrain baharu di KLIA lebih laju dari dahulu, selesa
July 1, 2025, 1:24 pm
Hukuman mati bekas doktor tentera kekal, 3 lagi dibebaskan kes bunuh Kevin Morais
July 1, 2025, 1:19 pm
‘Abang Bomba Sado’ gegar dunia, rangkul 3 pingat Emas di Birmingham
July 1, 2025, 1:12 pm
Guru hilang hampir RM900,000 dalam tempoh 3 minggu tertipu scammer menyamar polis
July 1, 2025, 1:01 pm