Berita Berita
Warga emas tak sempat selamatkan diri ditemui rentung dalam kebakaran rumah

KOTA KINABALU 1 Julai - Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Mansiang, Jalan Bukit Kokol, Manggatal, malam ini.
Mangsa dikenali sebagai Ng Su Yen, 72, ditemui selepas api berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi di lokasi kejadian.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Laupen Nuar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 malam, sebelum sepasukan 20 anggota dari BBP Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian bersama jentera.
“Sebaik tiba, didapati rumah dua tingkat jenis separuh kekal itu terbakar keseluruhan. Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran dan dua pancutan dari sumber air jentera bomba.
“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.54 malam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Berita berkaitan
July 1, 2025, 3:29 pm
Bedah siasat sah tiada unsur jenayah dalam kematian dua beranak di Jalan Bukit Gambir
July 1, 2025, 2:43 pm
Peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar IPT cetus kebimbangan KKM
July 1, 2025, 1:55 pm
Anwar puji Aerotrain baharu di KLIA lebih laju dari dahulu, selesa
July 1, 2025, 1:24 pm
Hukuman mati bekas doktor tentera kekal, 3 lagi dibebaskan kes bunuh Kevin Morais
July 1, 2025, 1:19 pm
‘Abang Bomba Sado’ gegar dunia, rangkul 3 pingat Emas di Birmingham
July 1, 2025, 1:12 pm
Guru hilang hampir RM900,000 dalam tempoh 3 minggu tertipu scammer menyamar polis
July 1, 2025, 1:01 pm