TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jiran bau busuk, 3 sekeluarga ditemui meninggal dunia dalam rumah di Seremban

By
|
Kongsi
image

 

 

SEREMBAN 1 July - Misteri bau busuk yang menyelubungi sebuah kawasan perumahan di Jalan Bukit Kristal terbongkar apabila tiga individu dipercayai sekeluarga ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah, petang Selasa.

Penemuan mengejut itu dilaporkan sekitar jam 5 petang oleh salah seorang jiran mangsa selepas menghidu bau yang mencurigakan dari kediaman tersebut.

Pemeriksaan pasukan polis yang tiba ke lokasi mendapati ketiga-tiga mangsa sudah tidak bernyawa.

Menurut seorang jiran, rumah tersebut didiami oleh sepasang suami isteri bersama anak lelaki mereka yang juga merupakan individu autistik berusia lingkungan 30-an.

“Jumaat lepas dia datang ke rumah saya untuk beri makan anjing. Selepas itu saya tidak nampak dia lagi. Saya sangka mereka tiada di rumah atau keluar.

“Hinggalah petang tadi, jiran sebelah rumah mereka menghubungi polis selepas menghidu bau busuk dari rumah berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.

“Dipercayai kesemua mangsa mempunyai hubungan kekeluargaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kesemua mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat,” katanya.

+ - reset