Berita Politik
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
KOTA BHARU 30 Julai – Dewan Ulama Pas Pusat menafikan dakwaan bahawa akan berlaku perubahan dalam kepimpinan tertinggi parti melibatkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Mohd Asri Mat Daud menegaskan bahawa Abdul Hadi kekal memegang jawatan Presiden, manakala Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga terus berperanan seperti biasa.
“Tidak ada angin, tidak ada ribut. Dakwaan bahawa Tok Guru (Abdul Hadi) akan menjadi Mursyidul Am hanyalah spekulasi semata-mata.
“Presiden kekal sebagai Presiden, Timbalan kekal sebagai Timbalan. Mereka sudah serasi dan jentera parti menyaksikan gandingan mereka sangat selari,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, proses pencalonan sempena Muktamar Pas yang dijadualkan berlangsung September ini sedang berjalan dan merupakan hak mutlak setiap kawasan.
Namun begitu, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada mana-mana peringkat parti termasuk negeri, pusat mahupun dewan yang menunjukkan bakal berlaku pertukaran kepimpinan.
“Ahli parti sendiri melihat perkara ini sekadar khabar angin. Tidak perlu respon berlebihan,” katanya lagi.
Menurut beliau, Abdul Hadi berada dalam keadaan sihat dan masih mampu memimpin parti.
Sebelum ini, media melaporkan spekulasi bahawa Pas belum bersedia memberi laluan kepada Tuan Ibrahim untuk mengambil alih jawatan Presiden.
Penganalisis politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub turut berpandangan bahawa peluang Tuan Ibrahim untuk menjadi Presiden hanya akan terbuka sekiranya Abdul Hadi dilantik sebagai Mursyidul Am. – Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
