Berita Berita
Sultan Pahang gesa semua pihak beri ruang kepada proses siasatan isu hukuman FIFA
KUALA LUMPUR 5 Nov. – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua pihak memberikan ruang kepada proses siasatan dan keputusan berhubung hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain warisan.
Baginda, yang juga mantan Presiden FAM, menegaskan bahawa proses yang sedang berjalan wajar dihormati dan kebenaran harus diserahkan kepada pihak berkuasa untuk didedahkan.
“Saya rasa tidak perlu untuk saya mengulas kerana ramai telah memberi pandangan.
“Untuk lebih adil, biarlah proses ini berjalan seperti sepatutnya. Biar kebenaran datang daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab,” titah baginda ketika ditemui pada Majlis Walk With King Of Sport di Stadium Merdeka, hari ini.
Keberangkatan baginda turut diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Acara itu menghimpunkan 150 tetamu jemputan termasuk legenda sukan negara seperti Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Ann, Datuk Rashid Sidek, Datuk James Selvaraj, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, G. Shanti dan Datuk Leong Mun Yee.
Mengulas lanjut, Al-Sultan Abdullah bertitah agar kemelut berkenaan dijadikan pengajaran agar kesilapan sama tidak berulang.
“Sudah tentu perkara ini perlu menjadi ingatan kepada semua pada masa akan datang. Kita mesti membetulkan keadaan demi kebaikan bola sepak negara.
“Ini bukan masa untuk menuding jari. Kita perlu bangkit dengan semangat baharu,” titah baginda.
Baginda turut berharap seluruh komuniti bola sepak termasuk FAM, kelab dan penyokong kekal bersatu dalam usaha memulihkan keyakinan terhadap sukan nombor satu negara itu.
Terdahulu, rayuan FAM bagi membatalkan keputusan penggantungan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan badan induk dunia itu.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
Wanita maut selepas tidak sedarkan diri di bilik hotel Tanjung Tokong
April 6, 2026, 7:31 pm
Saman fitnah 'ceramah masjid' selesai: Papagomo mohon maaf, bersetuju isu hanya salah faham
April 6, 2026, 7:27 pm
Anak Tun Daim, Asnida bakal dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok
April 6, 2026, 7:18 pm
