TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anak Tun Daim, Asnida bakal dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 6 April – Anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Asnida Daim dijadualkan akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi Selasa bagi menghadapi pertuduhan berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan perkara tersebut susulan kehadiran Asnida di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk memberi keterangan kira-kira jam 9.50 pagi tadi.

"Beliau (Asnida) akan dituduh esok jam 9 pagi," katanya ketika dihubungi media hari ini.

Asnida yang hadir ditemani dua peguam dipercayai merupakan salah seorang daripada empat anak tokoh politik berkenaan yang sebelum ini dikesan oleh SPRM bagi membantu siasatan di bawah Op Godfather.

Tiga lagi individu yang terlibat dalam senarai notis kesan individu tersebut ialah Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin, dan Muhammed Amin Zainuddin.

Pihak SPRM menjelaskan bahawa pengeluaran notis tersebut merupakan mekanisme prosedural bagi memastikan kehadiran individu untuk membantu siasatan dan bukannya satu bentuk hukuman atau senarai dikehendaki (wanted list).

Siasatan dijalankan mengikut:

  • Seksyen 23 & Seksyen 36 Akta SPRM 2009

  • Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001

Pertuduhan yang bakal dikemukakan esok dijangka akan memberikan perincian lanjut mengenai kaitan individu tersebut dalam kes yang melibatkan aset dan hasil aktiviti haram yang sedang disiasat oleh agensi antirasuah berkenaan.

+ - reset