Berita Berita
Dr Zaliha arah JWP fokus isu warga asing, tanah di kampung tradisi KL
KUALA LUMPUR 7 Nov - Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) diarahkan untuk memberi tumpuan segera terhadap pelbagai isu yang membelenggu kampung tradisi di ibu negara, termasuk melibatkan kehadiran warga asing, penyelenggaraan infrastruktur serta status guna tanah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, berkata perhatian juga perlu diberikan terhadap tanah pertanian yang telah dibina struktur kediaman tanpa kelulusan.
“Saya mengarahkan JWP memberi perhatian khusus kepada isu-isu yang membelenggu kampung-kampung tradisi di Kuala Lumpur,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Dr. Zaliha berkata, arahan itu diberikan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Agensi Jabatan Wilayah Persekutuan yang diadakan di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
Beliau menjelaskan, langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh tadbir urus tanah serta memastikan pembangunan Wilayah Persekutuan dijalankan dengan teratur, berasaskan data dan berfokus kepada kesejahteraan komuniti.
Pada mesyuarat sama, beliau turut memaklumkan bahawa aplikasi Mobil e-Tanah akan dilancarkan secara rasmi pada 11 November ini, bagi memudahkan orang ramai mengakses maklumat serta perkhidmatan berkaitan tanah di Wilayah Persekutuan dengan lebih mudah dan telus.
Selain itu, agensi-agensi di bawah JWP juga membentangkan perkembangan inisiatif meningkatkan kecekapan tenaga dan pengurusan aset menggunakan teknologi tenaga baharu, bagi menyokong pensijilan bangunan hijauserta mengurangkan kos elektrik kerajaan, selaras dengan agenda Bandar CHASE. - Media Telus
Berita berkaitan
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
Wanita maut selepas tidak sedarkan diri di bilik hotel Tanjung Tokong
April 6, 2026, 7:31 pm
Saman fitnah 'ceramah masjid' selesai: Papagomo mohon maaf, bersetuju isu hanya salah faham
April 6, 2026, 7:27 pm
Anak Tun Daim, Asnida bakal dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok
April 6, 2026, 7:18 pm
