Berita Berita
DBKL ambil tindakan dalaman terhadap pegawai didakwa terima rasuah RM50,000
KUALA LUMPUR 7 Nov - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan dalaman terhadap pegawainya yang didakwa di mahkamah hari ini berhubung kes rasuah.
DBKL dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum mengenai pendakwaan seorang pegawai kanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
“DBKL menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku dan kekal komited menegakkan integriti, ketelusan serta tadbir urus baik dalam semua urusan pentadbiran dan perkhidmatan kepada warga Kuala Lumpur,” katanya.
Terdahulu, Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL, Mohamad Hamim @ Mohamed Kamaruddin, didakwa di mahkamah atas pertuduhan menerima wang RM50,000 daripada seorang individu berkaitan kerja rasminya di agensi kerajaan tempatan itu.
Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai penjawat awam menerima wang tunai RM50,000 daripada seorang individu yang diketahuinya mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya di DBKL.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di No. 15, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, pada 10 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
Wanita maut selepas tidak sedarkan diri di bilik hotel Tanjung Tokong
April 6, 2026, 7:31 pm
Saman fitnah 'ceramah masjid' selesai: Papagomo mohon maaf, bersetuju isu hanya salah faham
April 6, 2026, 7:27 pm
