Berita Berita
'Saya sendiri akan jadi pegawai pemasaran Perodua di luar negara' - Anwar
RAWANG, 11 Nov - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menjadi ‘pegawai pemasaran Perodua’ secara sukarela setiap kali melakukan lawatan kerja ke luar negara, bagi mempromosikan produk automotif keluaran tempatan itu di peringkat global.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada sesi lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua di kilang pengeluar kereta nasional itu di Sungai Choh, hari ini.
“Dalam seminggu dua ini saya akan ke Afrika Selatan, Kenya dan Ethiopia. Saya sudah beri jaminan, saya akan jadi pegawai pemasaran Perodua yang pertama secara pro bono.
“Tak ada bayaran, gaji pun saya tak ambil,” katanya yang disambut sorakan gemuruh kakitangan Perodua.
Menurut Perdana Menteri, kunjungannya ke kilang Perodua bukan sekadar lawatan rasmi, tetapi tanda sokongan penuh kerajaan terhadap usaha syarikat tempatan membuktikan kemampuan tenaga kerja Malaysia dalam industri automotif moden.
“Saya lihat pekerja di sini datang dari seluruh negara – Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Anda semua bekerja sebagai satu pasukan dan membuktikan bahawa dengan teknologi, disiplin dan pengurusan yang baik, tiada yang mustahil untuk dicapai,” katanya.
Anwar turut memuji langkah Perodua yang kini berada di landasan tepat menuju era teknologi baharu, termasuk kenderaan elektrik (EV), kecerdasan buatan (AI) serta usaha meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan tenaga kerja.
“Saya rasa berada di Perodua ini lebih menyeronokkan daripada menjawab soalan di Parlimen,” selorohnya.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar pelancaran rasmi model EV pertama Perodua yang dijangka berlangsung hujung bulan ini dijadikan acara nasional penting.
“Saya akan beri arahan kepada Jemaah Menteri supaya pelancaran Perodua EV baharu dijadikan satu agenda nasional besar. Ia bukan sekadar peluncuran produk, tetapi simbol keupayaan Malaysia menghasilkan kenderaan moden sepenuhnya buatan tempatan dengan harga berpatutan untuk rakyat.
“Ia juga merangkumi aspek governance, tanggungjawab sosial dan perlindungan alam sekitar,” katanya.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
Wanita maut selepas tidak sedarkan diri di bilik hotel Tanjung Tokong
April 6, 2026, 7:31 pm
Saman fitnah 'ceramah masjid' selesai: Papagomo mohon maaf, bersetuju isu hanya salah faham
April 6, 2026, 7:27 pm
