Berita Berita
Lelaki maut disambar petir ketika pulang memancing di Langkawi
ALOR SETAR 13 Nov - Seorang lelaki maut selepas disambar petir ketika pulang daripada memancing bersama tiga rakannya di Jeti Nelayan Teluk Baru, Langkawi, semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, mangsa, Ishak Hashim, 57, dari Kampung Berjaya, Langkawi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 7.20 malam ketika mangsa dan rakan-rakannya baru tiba di jeti dalam keadaan hujan lebat selepas seharian memancing.
“Sebelum kejadian, mangsa sempat mencuci bot dan menunaikan solat Maghrib sebelum mengambil keputusan untuk pulang walaupun hujan kerana sudah basah dan tidak tahan sejuk. Ketika hendak mengambil batang pancing, mangsa disambar petir lalu jatuh ke bawah jeti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang awam yang berada di lokasi segera membantu mengangkat mangsa ke atas bot sebelum dibawa ke darat, namun mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia sejam selepas dirawat di hospital.
Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
