Berita Berita
Dua warga Malaysia ditahan di Singapura, 'scam' wanita beli emas RM1.4 juta
SINGAPURA 13 Nov - Dua lelaki warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Singapura selepas dipercayai menyamar sebagai pegawai kerajaan dan memperdaya seorang wanita membeli emas bernilai lebih S$412,000 (RM1.44 juta).
Menurut laporan VNExpress, mangsa menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mengaku sebagai pegawai bank dan mendakwa kad kredit atas namanya digunakan bagi transaksi mencurigakan.
Selepas menafikan dakwaan itu, panggilan disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai wakil Kementerian Undang-undang serta Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS).
Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram sebelum menghantar pas pekerja palsu dan dokumen sokongan melalui aplikasi WhatsApp bagi meyakinkan mangsa.
Mangsa kemudian diarahkan memindahkan S$1 juta (RM3.5 juta) ke kad kredit tersebut dan membeli emas bernilai lebih S$412,000 di Mustafa Centre, Little India, sebelum menyerahkannya kepada individu tidak dikenali pada hari sama.
Kedua-dua suspek berusia 22 dan 38 tahun itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis pada Jumaat lalu.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek ditugaskan oleh individu tidak dikenali yang menjadi sebahagian daripada sindiket penipuan rentas sempadan untuk mengutip wang tunai dan barangan berharga daripada mangsa,” menurut kenyataan polis. - Agensi
Berita berkaitan
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
