Berita Berita
Wanita nekad terjun dari kereta elak dipukul suami di Sungai Petani
SUNGAI PETANI 13 Nov - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada dipukul suaminya dalam kejadian di Jalan Lencongan Timur, di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata mangsa membuat laporan polis mendakwa berlaku pergelutan ketika berada dalam kereta bersama suaminya.
Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa mendakwa diseret keluar daripada keretanya dan dipaksa masuk ke dalam kereta suami ketika berada di sebuah stesen minyak di Sungai Lalang sekitar jam 6 petang.
"Sepanjang perjalanan dikatakan berlaku pergelutan menyebabkan mangsa cuba melepaskan diri daripada suami yang dipercayai dalam keadaan marah.
"Semasa tiba di simpang Jalan Lencongan Timur, mangsa nekad terjun selepas membuka pintu kereta bahagian penumpang kerana dipercayai berasa takut dengan tindakan suami," katanya.
Hanyan berkata, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan berkahwin pada Oktober 2024, namun tinggal berasingan sejak sebulan lalu selepas mangsa mendakwa kerap dipukul.
Susulan kejadian itu, suami mangsa telah ditahan reman dua hari oleh Mahkamah Sungai Petani bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:25 am
Dakwaan tarif elektrik naik tidak benar, TNB jelaskan mekanisme AFA
April 1, 2026, 11:37 pm
Anggota tentera koma, enam cedera dipercayai dipukul dalam kem di Bentong
April 1, 2026, 11:10 pm
Anthony Loke ziarah keluarga mangsa rempuh pemandu mabuk di Klang
April 1, 2026, 9:44 pm
'Pemulihan kesan konflik Asia Barat mungkin ambil masa panjang' - Anwar
April 1, 2026, 9:04 pm
Sektor awam mula kerja dari rumah bermula 15 April ini – PM
April 1, 2026, 7:07 pm
Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian
April 1, 2026, 7:00 pm
Misteri enam sekeluarga hilang dari rumah di Bentong, polis minta bantuan orang ramai
April 1, 2026, 6:55 pm
Hasil siasatan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' tunggu masa didedahkan
April 1, 2026, 6:45 pm
Harga diesel Semenanjung naik 50 sen, RON97 turun 20 sen mulai esok
April 1, 2026, 5:58 pm
