Berita Berita
Topi keledar tercabut, pelajar 15 tahun maut tercampak dalam longkang di Kulim
KULIM 16 Nov - Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta sebelum tercampak ke dalam longkang di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Padang Serai, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di kawasan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Beliau berkata, pihaknya menerima makluman orang awam pada jam 11.30 pagi berhubung kemalangan membabitkan sebuah motosikal Yamaha 135 LC dengan kereta Proton Saga FL.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika remaja terbabit menunggang motosikal dari rumahnya di Taman Mahsuri menuju ke sebuah kedai berdekatan melalui laluan lurus berhadapan stesen minyak.
“Pada masa sama, kereta Proton Saga FL dipandu lelaki berusia 29 tahun dari arah Jalan Padang Serai–Tasek Gelugor membelok ke kiri untuk memasuki stesen minyak secara tiba-tiba tanpa memberi laluan kepada motosikal mangsa,” katanya.
Zulkifli berkata, impak pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang dan mengalami kecederaan serius di kepala selepas topi keledarnya tercabut.
Katanya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
