Berita Berita
Fadlun Mak Ujud mula tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16
KUALA LUMPUR 17 Nov - Datuk Fadlun Mak Ujud memulakan tugas rasmi hari ini sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16, menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang menamatkan perkhidmatan pada Jumaat lalu.
Dalam kenyataan Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ketibaan Fadlun di Menara DBKL 1 pada pagi Isnin disambut dengan tabik hormat oleh Kawalan Kehormatan Jabatan Penguatkuasaan DBKL.
Suasana turut dimeriahkan dengan persembahan tarian selamat datang oleh artis budaya DBKL sebagai simbol penghargaan dan sambutan warga kota terhadap kepimpinan baharu itu.
“Dalam simbolik bermakna, Fadlun melaksanakan punch in pertamanya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16, secara rasmi bermulanya amanah besar memimpin jentera pentadbiran ibu kota.
“Seterusnya beliau dibawa ke tingkat 29 Menara DBKL 1 untuk mendengar taklimat mengenai fungsi dan hala tuju DBKL,” menurut kenyataan itu.
Pelantikan Fadlun berkuat kuasa 15 November lalu selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, selaras dengan Subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960. Beliau sebelum ini merupakan Presiden Perbadanan Putrajaya.
Fadlun, 58, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan memiliki pengalaman lebih 28 tahun dalam perancangan bandar, pembangunan wilayah dan pengurusan bandar raya.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
