Berita Berita
SPRM siasat tiga tender UKM bernilai RM58.45 juta
KUALA LUMPUR 22 Nov - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung tiga tender perolehan bernilai RM58.45 juta di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara pada Julai 2025.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus berkata, setakat ini lima individu telah dipanggil bagi membantu siasatan jenayah rasuah, manakala penelitian dokumen berkaitan masih giat dijalankan.
“Selain siasatan jenayah rasuah, SPRM turut membuka kertas siasatan tatakelola bagi meneliti aspek pengurusan dan kepatuhan tatakelola dalam perolehan tersebut,” katanya.
Isu itu turut mendapat perhatian apabila dibangkitkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir semasa Majlis Pengisytiharan Pembukaan Konvokesyen ke-53 UKM di Bangi, hari ini.
Zainul menegaskan komitmen SPRM untuk memastikan integriti serta tadbir urus negara diperkukuh, sejajar usaha meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem perolehan awam.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
Wanita maut selepas tidak sedarkan diri di bilik hotel Tanjung Tokong
April 6, 2026, 7:31 pm
