Berita Berita
Remaja 14 tahun maut terjatuh dalam lubang pembentung akibat kemalangan di Tampin
TAMPIN 3 Feb - Niat dua beradik untuk mengunjungi rumah rakan bertukar tragedi apabila seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembentung sedalam 10 meter dalam satu kemalangan motosikal di Jalan Bunga Tanjung, di sini pada malam Isnin.
Kejadian sekitar jam 10.10 malam itu berlaku selepas motosikal dinaiki mangsa bersama abangnya yang berusia 17 tahun terbabit dalam kemalangan di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, ketika kejadian, dua beradik terbabit yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y100 dalam perjalanan ke rumah rakan mereka di Kuala Ina.
"Siasatan lanjut mendapati, penunggang bersama pembonceng dalam perjalanan dari Pekan Tampin menghala ke Kuala Ina selepas selesai makan malam.
"Sejurus sampai di lokasi kejadian, penunggang motosikal dipercayai telah hilang kawalan semasa melalui satu selekoh dan terus melanggar pembetung air yang dalam pembinaan di bahu sebelah kiri jalan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan pembonceng tercampak ke dalam lubang pembetung air sedalam 10 meter dan telah dikeluarkan dengan bantuan bomba.
Ujarnya, mangsa segera dibawa ke Hospital Tampin, namun disahkan meninggal dunia jam 11.30 malam ketika sedang menerima rawatan.
"Penunggang motosikal pula hanya cedera ringan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan terbabit diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Sritharan di talian 06-4412502 bagi membantu siasatan,"katanya.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Berita berkaitan
February 3, 2026, 8:21 pm
Warga asing disyaki bersenjata ‘pistol’ ditahan di kondominium, polis siasat motif sebenar
February 3, 2026, 5:32 pm
Suspek tikam ibu sampai mati di Alor Setar ada masalah kewangan, polis cari senjata digunakan
February 3, 2026, 5:28 pm
Warga emas maut dirempuh kereta ketika ke surau untuk solat Maghrib
February 3, 2026, 5:20 pm
Anwar hilang sabar: pegawai lindungi penyeludupan e-waste akan diambil tindakan tanpa kompromi
February 3, 2026, 5:06 pm
Penunggang motosikal maut dirempuh kereta selepas hantar isteri ke tempat kerja
February 3, 2026, 4:57 pm
JKN Negeri Sembilan siasat dakwaan restoran guna semula sisa makanan pelanggan
February 3, 2026, 4:45 pm
Sultan Selangor murka, mahu dalang bakar suar di Jambatan Angkat diberi hukuman maksimum
February 3, 2026, 4:43 pm
