TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Diserang tanpa sebab, pemandu lori ditetak empat kali di flat Sri Murni

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Feb – Seorang pemandu lori cedera selepas menjadi mangsa serangan parang secara mengejut oleh dua lelaki tidak dikenali di hadapan sebuah blok Flat Taman Sri Murni, di sini, pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa berusia 28 tahun dilaporkan sedang berada di hadapan flat berkenaan sebelum didatangi dua suspek yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kedua-dua suspek bertindak agresif apabila secara tiba-tiba menghampiri mangsa lalu menetak lengan kiri mangsa sebanyak empat kali menggunakan parang.

“Selepas melakukan serangan, kedua-dua suspek melarikan diri menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 V2,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, mangsa mengalami kecederaan pada lengan kiri dan segera dihantar ke Hospital Selayang sebelum dimasukkan ke Wad Ortopedik untuk rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek dan tidak mempunyai sebarang perselisihan atau permusuhan dengan mana-mana pihak.

Teman wanita mangsa yang berada di lokasi ketika kejadian memaklumkan serangan berlaku secara tiba-tiba, dengan kedua-dua suspek memakai topi keledar, menyukarkan pengecaman identiti.

Polis kini menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, manakala usaha mengesan dan menahan suspek sedang giat dijalankan.

Kejadian ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan penduduk terhadap keselamatan awam, khususnya serangan bersenjata yang berlaku tanpa motif jelas di kawasan perumahan.

+ - reset