Berita Berita
'Influencer' media sosial didakwa rogol, amang seksual dua remaja bawah umur
KUALA LUMPUR 3 Feb – Seorang pempengaruh media sosial berdepan dua pertuduhan di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini berkaitan kes rogol dan amang seksual fizikal terhadap dua remaja perempuan yang didakwa berlaku bulan lalu.
Muhammad Iman Hazriq Azizan, 23, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar dan Mohd Kafli Che Ali.
Di hadapan Hakim Tasnim, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun enam bulan ketika kejadian di dalam bilik sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara jam 1 tengah hari hingga 8 malam pada 22 Januari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di hadapan Hakim Mohd Kafli, Muhammad Iman Hazriq didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi remaja perempuan berumur 16 tahun bagi tujuan seksual di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Shakira Aliana Alias menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah, melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran serta dilarang mengganggu saksi pendakwaan, mangsa dan keluarga mangsa sehingga kes selesai.
Peguam, Mohamad Akmal Mohd Taufik yang mewakili tertuduh memohon agar jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya masih bujang serta menanggung ibu bapa dan dua adik yang masih bersekolah.
"Anak guam saya bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai kasut dengan pendapatan RM2,000 sebulan. Dia juga memberikan kerjasama baik dengan pihak polis sepanjang siasatan dan tiada risiko untuk melarikan diri," katanya.
Berita berkaitan
February 3, 2026, 8:21 pm
Warga asing disyaki bersenjata ‘pistol’ ditahan di kondominium, polis siasat motif sebenar
February 3, 2026, 5:32 pm
Suspek tikam ibu sampai mati di Alor Setar ada masalah kewangan, polis cari senjata digunakan
February 3, 2026, 5:28 pm
Warga emas maut dirempuh kereta ketika ke surau untuk solat Maghrib
February 3, 2026, 5:20 pm
Anwar hilang sabar: pegawai lindungi penyeludupan e-waste akan diambil tindakan tanpa kompromi
February 3, 2026, 5:06 pm
Penunggang motosikal maut dirempuh kereta selepas hantar isteri ke tempat kerja
February 3, 2026, 4:57 pm
JKN Negeri Sembilan siasat dakwaan restoran guna semula sisa makanan pelanggan
February 3, 2026, 4:45 pm
Sultan Selangor murka, mahu dalang bakar suar di Jambatan Angkat diberi hukuman maksimum
February 3, 2026, 4:43 pm
