Berita Berita
KDN rayu tangguh himpunan Anti Rumah Anutan Haram Perhimpunan Awam sepanjang lawatan rasmi Perdana Menteri India esok
KUALA LUMPUR 6 Feb - Orang ramai digesa menangguhkan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Malaysia selama dua hari bermula esok, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut akan berjumpa dengan penganjur perhimpunan yang dirancang bagi mendapatkan kerjasama mereka supaya tidak meneruskan sebarang aktiviti sepanjang tempoh lawatan berkenaan.
"KDN melalui pasukan polis bertanggungjawab menyusun semua persiapan keselamatan sempena lawatan tersebut demi memastikan tiada sebarang insiden yang boleh mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam.
"Lawatan rasmi tetamu negara ini mencerminkan hubungan diplomatik yang kukuh dan saling menghormati antara kedua-dua negara," katanya pada Jumaat.
Sebelum ini, penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth, mengesahkan bahawa pihaknya telah memaklumkan kepada polis mengenai penganjuran Himpunan Anti Rumah Anutan Haram, selaras keperluan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Difahamkan, seramai 141 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka menyertai perhimpunan berkenaan yang dijadualkan bermula jam 8 malam esok berhampiran kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, bagi menuntut penguatkuasaan undang-undang terhadap pencerobohan dan pembinaan rumah ibadat secara haram.
Dalam pada itu, KDN menegaskan sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negara, pihaknya melalui PDRM akan terus melaksanakan tanggungjawab secara profesional dan tegas.
"Ia bagi menjamin keselamatan rakyat serta kestabilan negara," menurut kenyataan itu.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
