Berita Berita
Anwar jamin Kelantan terus diberi perhatian Kerajaan Madani
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 13 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani komited memastikan semua negeri termasuk Kelantan terus menerima perhatian sewajarnya melalui dasar yang berteraskan kepentingan rakyat.
Perkara itu dimaklumkan susulan kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud ke pejabat beliau, semalam.
Menurut Anwar, pertemuan berkenaan memberi fokus kepada usaha memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, khususnya dalam memperhebat inisiatif membantu rakyat Kelantan.
“Penekanan diberikan terhadap peningkatan taraf hidup, perluasan peluang ekonomi serta pelaksanaan pembangunan yang adil dan seimbang.
“Kerajaan Madani akan terus memastikan setiap negeri termasuk Kelantan diberikan perhatian sewajarnya dengan dasar dan tindakan yang menjamin masa depan lebih baik untuk semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Dalam perkembangan berasingan, Anwar turut menerima kunjungan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib bersama isteri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah pada majlis minum petang di Seri Perdana, petang semalam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, pertemuan itu mengukuhkan hubungan silaturahim selain menjadi ruang bertukar pandangan mengenai hala tuju pembangunan Pulau Pinang.
Beliau berkata, perbincangan turut menyentuh aspek kesejahteraan rakyat serta potensi negeri itu sebagai antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
