TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Prasekolah KPM jadi pilihan, lebih 120,000 kanak-kanak daftar bagi sesi 2027 - Fadhlina

By
|
Kongsi
image

 

KUANTAN 6 Mac - Program prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia terus menerima sambutan menggalakkan apabila semakin ramai ibu bapa memilih untuk mendaftarkan anak mereka bagi kemasukan sesi 2027.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata sambutan tersebut dapat dilihat apabila lebih 120,000 kanak-kanak telah didaftarkan bagi kemasukan prasekolah tahun berkenaan.

“Kesemua ini menunjukkan perkembangan yang sangat positif berkaitan perkembangan pendidikan negara dan saya percaya ibu bapa juga mendukung hasrat dan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih, ini perkembangan yang sangat baik untuk negara yang mendukung hasrat dan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia,”katanya pada Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajah Kalsom di sini hari ini.

Menurut beliau, beberapa faktor utama menyumbang kepada pilihan ibu bapa terhadap prasekolah KPM, termasuk kualiti pendidikan yang baik serta akses prasekolah secara percuma.

Selain itu, katanya lagi, tenaga pengajar yang berkelayakan dan terlatih serta prasarana dan kemudahan sekolah yang lengkap turut menjadi antara sebab utama ibu bapa memilih prasekolah KPM. 

+ - reset