Berita Berita
Remaja perempuan jatuh motosikal maut digilis bas di Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU 5 Feb - Seorang remaja perempuan maut selepas terjatuh dari motosikal lalu digilis sebuah bas di Jalan Kemajuan di sini malam tadi.
Dalam nahas jam 8.20 malam, mangsa Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX dari arah Bandar Kuala Terengganu menghala ke rumahnya di Manir manakala bas dipandu lelaki berusia 70 tahun itu pula menghala pulang ke Kuala Berang.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata siasatan awal mendapati mangsa berada di lorong kiri dikatakan memasuki laluan bas yang sedang bergerak terus di lorong tengah.
Susulan kejadian itu, mangsa terjatuh di laluan bas sebelum digilis tayar belakang.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
