Berita Berita
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
LANGKAWI 12 Dis / Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan melayan tuntutan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana ia dianggap hanya menjurus kepada satu kaum dan satu bahasa, sekali gus bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan kerajaan.
Anwar berkata, pendirian itu tidak akan berubah meskipun ia datang daripada mana-mana parti atau kelompok berkepentingan kerana beliau bertanggungjawab mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya sudah jelaskan... saya tidak peduli siapa dia, parti mana, pengaruh mana. Kalau saya mahu didukung sebagai Perdana Menteri, saya mesti mempertahankan prinsip Perlembagaan.
"Perbezaannya ialah tuntutan itu adalah tuntutan yang menjurus kepada satu kaum dan satu bahasa. Itu saya tidak bersetuju sama sekali," katanya pada sidang media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nur Al-Hidayah, Kampung Kelibang, hari ini.
Anwar menegaskan, fokus utama sepatutnya diberikan kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang dapat dikuasai oleh semua rakyat di negara ini.
"Bawa dulu mesej mempertahankan martabat bahasa kebangsaan. Kemudian rangkul sekali keperluan penguasaan bahasa lain. Itu kita boleh terima," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, dilaporkan menyatakan hasrat parti itu untuk bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC.
Berita berkaitan
March 10, 2026, 9:27 am
KPM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri, warga sekolah dapat rehat 9 hari
March 9, 2026, 5:23 pm
JKNK siasat sama ada tekanan kerja, buli punca kematian doktor pelatih di HSIP
March 9, 2026, 5:01 pm
Gunaraj gesa polis siasat video individu pijak Trisul, simbol suci agama Hindu
March 9, 2026, 3:38 pm
Kurikulum 2027 buka peluang pelajar arus perdana belajar bahasa isyarat
March 9, 2026, 2:39 pm
Kerajaan mampu kekalkan harga RON95 RM1.99 sekurang-kurangnya dua bulan lagi - Amir Hamzah
March 9, 2026, 2:18 pm
MCMC tiada kuasa arah platform media sosial turunkan hantaran – Teo Nie Ching
March 9, 2026, 1:55 pm
Gaji penjawat awam diawalkan 13 Mac, bantu persiapan awal sambut Aidilfitri
March 9, 2026, 1:09 pm
