Berita Berita
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
KUALA PILAH 12 Dis - Seorang lelaki berusia 47 tahun parah selepas dipercayai ditembak oleh individu tidak dikenali ketika mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin, berkata pihaknya menerima laporan kira-kira jam 11 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan ahli keluarganya cedera akibat ditembak.
“Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu kejadian tembakan membabitkan seorang lelaki tempatan di kawasan hutan Kampung Maasop. Mangsa yang bekerja sebagai pekerja kampung berada bersendirian di lokasi kejadian untuk mencari petai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang masih bujang dipercayai ditembak oleh individu yang belum dikenal pasti.
“Berdasarkan laporan, pengadu yang juga adik ipar mangsa memaklumkan lelaki itu sempat menghubungi ahli keluarga untuk meminta bantuan selepas insiden berlaku.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan dan kini ditempatkan di zon kecemasan bagi pemantauan lanjut,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-4842999 bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
March 4, 2026, 7:03 pm
12.5 juta rakyat terima manfaat SARA, perbelanjaan cecah RM1 bilion dalam dalam tiga minggu
March 4, 2026, 6:34 pm
Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini
March 4, 2026, 3:46 pm
Ops terjah kuil Hindu: 'Jangan buat huru-hara, hentikan provokasi' - Steven Sim
March 4, 2026, 2:58 pm
Ops Middleman: SPRM sita aset RM7.7 juta, beku akaun
March 4, 2026, 2:23 pm
29,000 rakyat Malaysia terjejas di Timur Tengah, paling ramai di UAE
March 4, 2026, 1:42 pm
Seorang anak Tun Daim hubungi SPRM bantu siasatan Op Godfather
March 4, 2026, 1:17 pm
