Berita Berita
“Saya minta maaf, ayah” – Suspek bunuh isteri
SEBERANG JAYA 12 Dis – “Saya minta maaf, ayah.” Itu kata-kata suspek yang ditahan polis susulan disyaki membunuh dan menyimpan mayat isterinya selama empat hari, diucapkan kepada bapa mentuanya ketika anggota polis mengiringinya keluar dari Unit Forensik Hospital Seberang Jaya hari ini selepas melihat mayat isterinya buat kali terakhir.
Suspek berusia 28 tahun itu dibawa ke unit forensik pada jam 11 pagi dan berada di situ hampir setengah jam.
Menurut bapa mentuanya, Ishak Man, 76, dia mendengar sendiri ucapan tersebut ketika suspek melintasinya.
“Dia jalan depan saya, pandang saya dan sebut, ‘Saya minta maaf, Ayah’. Itu sahaja yang keluar dari mulut dia,” katanya.
Ishak berkata, beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan menantunya dan hanya berjumpa beberapa kali sejak pasangan itu mendirikan rumah tangga lebih dua tahun lalu.
“Dia ada cerita pada saya, dia cepat cemburu dan saya cuma nasihat supaya banyak bersabar. Saya terkejut bila dimaklumkan dia mengaku kepada polis membunuh anak saya… tak sangka boleh jadi sampai begitu,” katanya.
Beliau turut menambah, dia tidak mengetahui sama ada menantunya menghadapi sebarang masalah mental.
Dalam perkembangan sama, Ishak memaklumkan jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti, Alor Setar, Kedah selepas solat Asar nanti.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 11:26 am
‘Rakyat mahu banteras rasuah, tapi yang cium tangan perasuah pun ramai’ – Anwar
September 22, 2026, 10:37 am
DUN Melaka dijangka bubar petang ini, 21 ADUN BN dipanggil ke Seri Negeri
September 22, 2026, 10:11 am
Air parit hijau mengalir ke Sungai Langat: LUAS kesan dua insiden pencemaran di Telok Panglima Garang
September 22, 2026, 9:57 am
Pesakit strok hanya ingat nama ‘Thambirajan’, HKL cari waris selepas ditinggalkan lebih sebulan
September 22, 2026, 9:51 am
"Kenangan di Sungai Buloh": Anwar imbau detik duka bertemu keluarga di sebalik tirai besi
September 22, 2026, 9:45 am
Penumpang pitam sebelum jatuh ke landasan di Stesen LRT Wangsa Maju
September 22, 2026, 9:20 am
Jerebu makin buruk: 16 kawasan catat IPU tidak sihat seluruh negara
September 22, 2026, 9:15 am
Pencari rotan Orang Asli maut diserang harimau belang di Hutan Simpan Korbu
September 22, 2026, 9:11 am
Fadhlina beri RM5,000 kepada setiap sekolah, pelajar Tingkatan Enam tentukan sendiri keperluan
September 21, 2026, 11:57 pm
