Berita Jenayah
Warden asrama dipenjara 6 tahun, mengaku bersalah liwat dan cabul tujuh budak lelaki berusia 9 hingga 12 tahun
SEREMBAN 31 Julai - Warden asrama pusat pengajian al-Quran dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas 12 pertuduhan amang seksual fizikal dan liwat terhadap tujuh pelajar lelaki.
Menurut laporan Sinar Harian, Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Khairi Fitri Baharom, 38, yang juga guru di pusat pengajian terbabit selepas dia membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan dibacakan.
Beliau turut mengarahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan dan pengawasan polis selama setahun selepas selesai menjalani hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Mei lalu.
Mengikut enam pertuduhan, tertuduh telah melakukan persetubuhan luar tabii terhadap lima kanak-kanak yang ketika kejadian berusia sembilan hingga 12 tahun.
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat.
Mengikut enam lagi pertuduhan, tertuduh telah didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas enam kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun.
Oleh demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.
Jika disabitkan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Kesemua perbuatan itu dilakukan di pusat pengajian berkenaan di Batu Kikir, Jempol, dan di sebuah rumah di Kampung Rembang Panas, Kuala Pilah dari Mac 2024 hingga Januari lalu.
Peguam, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie dalam rayuannya memaklumkan, anak guamnya masih bujang serta menanggung ibu yang uzur dan memohon hukuman berbentuk penjara yang minimum.
Timbalan Pendakwa Raya,Norazihah Asmuni dan Nurul Balkis Zunaidi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal memandangkan jenayah yang dilakukan tertuduh adalah serius.
Menurutnya, tertuduh yang diberi amanah sebagai guru dan warden sepatutnya melindungi pelajarnya, namun mengambil kesempatan dengan melakukan jenayah yang jijik.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
