Berita Jenayah
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
KLANG 18 Dis – Seorang lelaki warganegara tempatan berusia lingkungan 34 tahun maut selepas ditetak dalam satu kejadian pergaduhan di kawasan Taman Sentosa, di sini, pada malam Selasa.
Ketua Polis Selangor, CP Datuk Pahlawan Shazeli Kahar berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada MERS 999 kira-kira jam 11.10 malam.
“Polis mengesahkan berlaku satu kejadian pergaduhan melibatkan seorang mangsa lelaki yang ditetak sehingga menyebabkan kematian,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala motif kejadian masih dalam peringkat siasatan.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan.
“Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, ASP Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-665 0895 atau Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222,” katanya.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
