Berita Jenayah
Dua beradik ditahan miliki pistol dan peluru hidup di Bidor
TAPAH 31 Julai – Dua beradik ditahan polis selepas dipercayai memiliki sepucuk pistol bersama beberapa butir peluru hidup dalam satu serbuan di Kampung Belakang Pasar, Bidor, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Johari Yahya berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa terdengar bunyi letupan kira-kira jam 9.20 malam.
Susulan maklumat itu, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah bersama pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bergegas ke lokasi kejadian.
"Hasil pemeriksaan di sebuah rumah dua tingkat menemukan sepucuk pistol jenis Revolver .38 Smith & Wesson, empat butir peluru hidup serta sebutir kelongsong peluru yang disembunyikan di bawah tilam.
“Terdapat juga kesan serpihan selak peluru di ruang tamu tingkat atas dan bawah rumah, dipercayai akibat tembakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut Johari, dua lelaki berusia 45 dan 46 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.
“Hasil semakan mendapati kedua-duanya mempunyai 10 rekod lampau melibatkan jenayah dan kesalahan berkaitan dadah. Salah seorang daripadanya turut didapati positif methamphetamin dalam ujian air kencing,” katanya.
Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
