Berita Jenayah
Ibu angkat bayi maut dengan kesan lebam di Cheras didapati positif dadah
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Wanita yang juga ibu angkat kepada bayi perempuan berusia tujuh bulan yang maut selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, didapati positif dadah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, wanita berusia 38 tahun itu dan suaminya, 50, kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut.
Menurut beliau, hasil saringan awal air kencing mendapati wanita terbabit positif dadah, namun kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
“Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
“Setakat ini, punca kematian mangsa masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata, bayi terbabit ditemui dalam keadaan kebiruan dan mempunyai kesan lebam pada badan.
Beliau turut memaklumkan bahawa pasangan terbabit adalah ibu bapa angkat kepada bayi itu dan mendakwa bayi diserahkan kepada mereka oleh ibu kandung yang kemudian pulang ke Indonesia pada 18 Jun lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
