Berita Jenayah
Pelajar belasah rakan sekelas di pusat beli-belah, empat ditahan
KAJANG 1 Ogos – Gara-gara rasa tidak puas hati, sekumpulan pelajar sekolah bertindak membelasah rakan sekelas mereka dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini, Rabu lalu.
Kejadian tersebut membabitkan mangsa berusia 13 tahun yang ditumbuk dan ditampar oleh dua pelajar lain, manakala dua lagi rakan turut merakam insiden berkenaan sebelum video tersebut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa berada di lokasi bersama beberapa rakan sekolah.
“Mangsa telah dipanggil oleh beberapa pelajar lain kononnya untuk berbincang berhubung rasa tidak puas hati terhadap sikapnya, sebelum dua suspek bertindak menumbuk dan menampar mangsa,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.
Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di sebuah hospital berhampiran dan disahkan mengalami kecederaan ringan di bahagian muka.
Polis menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 12.57 tengah hari, Khamis. Bertindak atas maklumat, empat pelajar lelaki tempatan, masing-masing berusia 13 tahun, telah ditahan sekitar Bandar Kajang pada jam 8.35 malam hari sama.
“Kesemua suspek telah direman selama dua hari sehingga 2 Ogos bagi membantu siasatan,” kata Naazron.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Naazron menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar undang-undang, termasuk pelajar sekolah.
“Kami memandang serius perkara ini dan menasihatkan pelajar agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah serta tidak terlibat dalam sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan masa depan mereka,” ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Shahrulhasram Ramli di talian 017-2530380 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
