Berita Jenayah
Sekumpulan penunggang basikal kerumuni kereta, polis buat siasatan
SHAH ALAM 1 Ogos – Aksi sekumpulan penunggang basikal yang didapati mengerumuni sebuah kereta di Persiaran Dato Menteri di sini, tular di media sosial selepas dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 malam pada Selasa lalu, menunjukkan kumpulan terbabit menunggang di lorong kiri dan kanan jalan sehingga menghalang laluan kenderaan lain.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya telah menjalankan siasatan susulan selepas menerima aduan mengenai insiden berkenaan.
“Siasatan mendapati kumpulan penunggang basikal itu menunggang secara berkumpulan di kedua-dua lorong, menyebabkan pemandu kereta terpaksa memperlahankan kenderaan akibat halangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 42 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan LN 166/1959 kerana membahayakan pengguna jalan raya lain.
Mohd Iqbal turut menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan agar tampil membantu siasatan.
“Saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354,” katanya.
Tindakan terhadap penunggang basikal secara berbahaya terus menjadi perhatian pihak berkuasa susulan beberapa insiden membabitkan kemalangan dan gangguan kepada pengguna jalan raya lain. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
