Berita Jenayah
PGA tahan pasangan kekasih, rampas 6,000 pil yaba di Tanah Merah
KOTA BHARU 1 Ogos – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sepasang kekasih dan merampas 6,000 pil yaba serta 1.49 gram syabu dalam serbuan di Kampung Lawang, dekat Tanah Merah, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam itu, PGA Batalion 7 (PGA7) turut merampas wang tunai RM400 dan sebuah kereta, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM135,625.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek yang ditahan masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita berusia 44 dan 35 tahun.
“Siasatan awal mendapati suspek lelaki mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
“Dia juga disyaki mula menjalankan aktiviti pengedaran dadah secara pukal sejak awal tahun ini,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
