Berita Jenayah
Lelaki warga Indonesia agresif di Bukit Jambul meninggal dunia selepas ditahan polis
BUTTERWORTH 4 Ogos – Seorang lelaki warga Indonesia yang bertindak agresif di Taman Bukit Jambul, di sini, meninggal dunia selepas ditahan polis dalam kejadian pada Sabtu lalu.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, suspek yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu dilaporkan pengsan di Balai Polis Sungai Nibong sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang, namun disahkan meninggal dunia.
Menurutnya, polis menerima laporan pada jam 6.20 petang mengenai seorang lelaki mengamuk sambil memegang sebatang besi di tingkat 13, Blok D perumahan berkenaan.
“Ketika cuba ditahan, suspek bertindak agresif dengan menumbuk muka dan belakang kepala anggota polis serta cuba merampas senjata api. Polis dibantu orang awam berjaya menahannya sebelum dibawa ke balai untuk siasatan,” katanya pada sidang media di Stor Barang Kes Berpusat Kontinjen Seberang Perai Utara, Isnin.
Mohd Alwi memaklumkan, sebelum insiden itu polis menerima dua laporan lain berkaitan suspek – memecahkan cermin kereta penduduk dan menceroboh sebuah rumah di flat sama.
Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah serangan jantung, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sementara itu, beliau memaklumkan polis masih menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes seorang lelaki bergelar Datuk yang didakwa mencederakan jurujual wanita menggunakan objek menyerupai grip pistol di Jalan Kelawai, George Town pada 1 Jun lalu.
“Siasatan kes itu telah selesai dan kertas siasatan telah diserahkan kepada TPR sebulan lalu untuk tindakan lanjut,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
