Berita Jenayah
35 GRO dari empat negara berhimpit dalam bilik rahsia elak dicekup Imigresen di Butterworth
BUTTERWORTH, 7 Ogos – Taktik sekumpulan wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang bersembunyi dalam bilik rahsia sebuah premis hiburan di tingkat tujuh sebuah bangunan di sini terbongkar selepas dikesan Jabatan Imigresen dalam satu operasi khas awal pagi tadi.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Basri Osman, berkata seramai 35 wanita berusia antara 23 hingga 45 tahun ditahan dalam serbuan tersebut yang bermula sekitar jam 12.30 tengah malam dan berakhir kira-kira 2.30 pagi.
Menurut beliau, kesemua wanita itu terdiri daripada 19 warga Vietnam, 14 warga Thailand serta masing-masing seorang warga China dan Laos.
Mereka sanggup berhimpit dalam ruang sempit yang tersembunyi di sebalik sofa, pembesar suara dan sebuah bilik kecil yang tersembunyi dalam tandas bagi mengelak daripada dikesan.
Dua lelaki warga China yang datang ke premis itu untuk berhibur turut ditahan manakala 73 lelaki tempatan yang berada di lokasi berkenaan turut diperiksa.
Basri berkata operasi tersebut dijalankan oleh 45 anggota dari Ibu Pejabat Imigresen negeri Perak dan Pulau Pinang.
Pemeriksaan mendapati premis terbabit mempunyai sepuluh bilik khas dan hampir setiap bilik mempunyai ruangan rahsia yang dibina khas bagi tujuan persembunyian.
Tambahnya lagi, operasi berdepan cabaran apabila semua akses utama ke premis telah disekat termasuk pintu utama dan lif bangunan dipercayai bagi menggagalkan serbuan.
Pasukan penguat kuasa terpaksa memecahkan pintu premis untuk masuk.
Premis hiburan itu dipercayai telah beroperasi lebih setahun dan dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) serta dikawal rapi.
Pihak Imigresen juga percaya kehadiran mereka telah dimaklumkan lebih awal oleh individu dipercayai ‘tonto’ yang berada di sekitar kawasan berkenaan.
Siasatan awal mendapati wanita yang bekerja sebagai GRO di premis itu dipercayai menerima bayaran antara RM250 hingga RM300 sejam daripada pelanggan.
Turut dirampas dalam serbuan ialah sejumlah wang tunai dan beberapa keping nombor badan yang dipercayai digunakan sebagai sistem penandaan atau kod untuk bayaran kepada wanita terbabit.
Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 dan semua tangkapan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Jawi.
Berita berkaitan
August 26, 2026, 6:18 pm
Lelaki maut dipukul kayu selepas dituduh mencuri, empat suspek ditahan
August 26, 2026, 5:52 pm
Polis buru kumpulan lelaki bakar mercun atas jalan semasa perarakan kematian di Shah Alam
August 26, 2026, 2:05 pm
Dakwaan curi sarung pasport: Polis ambil keterangan pegawai imigresen, wanita
August 21, 2026, 5:26 pm
Inspektor antara 10 anggota PGA ditahan kes peras ugut kilang sisa elektronik di Tasek Gelugor
August 21, 2026, 10:12 am
Cuak kena serbu, pengedar dadah cederakan polis guna parang
August 20, 2026, 2:35 pm
Lelaki ditahan pukul anak kucing guna penyapu aluminium di Batu Gajah
August 20, 2026, 11:32 am
Polis Johor buka 3 kertas siasatan isu pasang bendera terbalik, 5 individu ditahan
August 14, 2026, 11:29 am
Polis buru wanita berpurdah, rakan larikan gelang emas RM16,000
August 14, 2026, 11:18 am
Lelaki cedera parah ditetak parang, kumpulan merusuh dikesan guna objek menyerupai pistol
August 11, 2026, 11:26 am
