Berita Jenayah
Guru besar di Melaka bisik 'I love you', peluk dan raba punggung murid darjah 6 dalam tandas sekolah
MELAKA 9 Ogos – Seorang guru besar di sebuah sekolah rendah berhampiran pusat bandar disyaki mencabul seorang murid lelaki berusia 12 tahun di dalam tandas sekolah serta pejabatnya sejak bulan Jun lalu.
Menurut laporan Kosmo Online, perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh suspek berusia 55 tahun itu terbongkar selepas mangsa, seorang pelajar Tahun 6, menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya dan kemudiannya wanita tersebut bertindak membawa anaknya untuk membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah semalam.
Menurut sumber, anak sulung daripada tiga beradik itu mendakwa kejadian berlaku pada pukul 8 pagi, 29 Julai lalu, ketika dia bersama dua rakannya pergi ke tandas sekolah.
Menurutnya, suspek dilaporkan memasuki tandas dan meminta rakan mangsa untuk kembali ke kelas tanpa menyedari seorang lagi rakannya masih berada di dalam tandas tersebut.
“Suspek kemudian memeluk mangsa dari belakang sambil memegang punggungnya dan berbisik ‘I love you’.
“Guru besar itu memaksa mangsa untuk membalas kata-katanya, menyebabkan kanak-kanak itu terpaksa menjawab ‘I love you too’ dalam keadaan ketakutan,” jelas sumber tersebut.
Mangsa juga mendakwa bahawa kejadian serupa pernah berlaku pada bulan Jun lalu ketika dia dan rakannya diminta untuk membantu meletakkan klip pada sijil di pejabat suspek.
“Tiba-tiba, suspek memeluk dan meraba punggung, dada, serta kemaluan mangsa di hadapan rakannya, tetapi mangsa tidak berani menceritakan kejadian itu kepada ibunya kerana takut dimarahi.
“Namun, kanak-kanak itu akhirnya terpaksa meluahkan segalanya kerana tidak tahan dengan gangguan seksual yang dilakukan oleh guru besar tersebut,” tambah sumber itu.
Difahamkan polis telah merakam keterangan saksi dan melakukan siasatan di tempat kejadian sebelum menahan suspek.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
