Berita Jenayah
'Diam-diam ambil kad ATM ibu ayah' - Pelajar IPTA di Kuala Terengganu rugi RM187,800 terjerat 'phone scam' menyamar polis
KUALA TERENGGANU 12 Ogos – Seorang penuntut perempuan sebuah universiti awam kerugian RM187,800 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon atau ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 20-an itu membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu pada jam 9.43 malam semalam selepas menyedari ditipu.
Menurutnya, kejadian bermula pada 4 Ogos lalu apabila mangsa menerima panggilan daripada individu yang mendakwa wakil sebuah syarikat pembayaran elektronik dan menuduhnya menyalahgunakan aplikasi tersebut.
“Mangsa kemudiannya disambungkan kepada beberapa individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis dan seorang bergelar ‘datuk’ menggunakan empat nombor telefon berbeza, kononnya untuk menakut-nakutkan mangsa.
“Dalam perbualan itu, mangsa dituduh terlibat dengan pengubahan wang haram dan dadah sebelum diarahkan membuat pemindahan wang bagi tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azli berkata, antara 4 hingga 9 Ogos, mangsa melakukan lapan transaksi berperingkat melalui mesin ATM ke enam akaun berbeza melibatkan jumlah keseluruhan RM187,800.
Selain itu, pada 9 Ogos, mangsa turut menyerahkan tiga gelang tangan, lima cincin dan satu loket kepada seorang wanita di tepi Jalan Pantai Penarik, Setiu seperti diarahkan suspek.
“Mangsa tidak dapat mengecam wanita tersebut kerana suspek memakai pelitup muka. Wang dan barang kemas itu adalah milik mangsa sendiri, ibu bapa serta hasil simpanan keluarga. Mangsa mengambil kad ATM ibu bapa tanpa pengetahuan mereka untuk membuat transaksi,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
