Berita Jenayah
Guru sekolah memandu cedera diserang penunggang motosikal di Batu Pahat
BATU PAHAT 13 Ogos – Seorang guru sekolah memandu berusia 56 tahun cedera di dahi selepas dipercayai diserang seorang lelaki dalam insiden di Jalan Muar–Batu Pahat, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kejadian bermula sekitar jam 1.20 tengah hari di kawasan Taman Mutiara, Parit Sulong, apabila suspek yang menunggang motosikal menahan kereta mangsa.
Difahamkan, perselisihan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap cara pemanduan. Suspek kemudian menumbuk cermin hadapan kereta mangsa sehingga retak.
Mangsa meneruskan perjalanan ke arah Balai Polis Parit Sulong, namun terus diekori. Setibanya di hadapan balai, kedua-duanya keluar dari kenderaan sebelum suspek menumbuk mangsa sehingga cedera, lalu melarikan diri.
Polis menahan suspek berusia 33 tahun di Parit Raja untuk siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan (sengaja menyebabkan cedera).
Sebelum itu, tular video berdurasi 1 minit 47 saat memaparkan pemandu kereta cedera di kepala, manakala penunggang motosikal dilihat menendang pintu kereta dan mengekori mangsa. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
