Berita Jenayah
Bayi dalam kotak rupanya hasil hubungan sumbang mahram, tiga individu ditahan
KAJANG 13 Ogos - Polis menahan tiga individu termasuk seorang lelaki yang sebelum ini mendakwa menemui seorang bayi perempuan baru lahir di dalam kotak berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 14, Hulu Langat, pada Ahad lalu.
Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Naazron Abd Yusof, berkata penahanan dilakukan petang semalam selepas siasatan mendedahkan bayi berkenaan adalah hasil hubungan sumbang mahram antara lelaki berusia 39 tahun dengan anak perempuannya yang berusia 16 tahun.
“Pengadu, seorang pengawal keselamatan berusia 29 tahun, sebenarnya berpakat dengan lelaki terbabit. Penemuan bayi itu direka bagi menyembunyikan kelahirannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Difahamkan, remaja perempuan terbabit telah berhenti sekolah dan dipercayai baru sahaja melahirkan bayi tersebut. Bayi itu kini ditempatkan di hospital untuk pemerhatian selepas ditemui kira-kira jam 1.56 pagi, 11 Ogos lalu.
Bertindak atas maklumat, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 16 hingga 39 tahun. Dua suspek lelaki direman masing-masing satu dan enam hari, manakala suspek wanita dibebaskan dengan jaminan polis kerana sedang menerima rawatan perubatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi dan Seksyen 376(3) kerana kesalahan sumbang mahram. Jika sabit kesalahan, Seksyen 317 memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya, manakala Seksyen 376(3) membawa hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-6369835 atau hadir ke balai polis berdekatan. - Media Telus
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
