Berita Jenayah
Lelaki 'miang' direman 5 hari disyaki cabul, intai anak tiri ketika mandi, tidur
MELAKA 14 Ogos – Seorang pembantu kedai berusia 41 tahun direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, bagi membantu siasatan kes cabul dan mengintai anak tirinya yang berusia 15 tahun sejak Mei lalu.
Perintah reman sehingga 18 Ogos itu dikeluarkan Majistret N Sivashangari mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Menurut sumber, kejadian bermula pada 30 Mei lalu di rumah mereka di Duyong ketika suspek dan ibu mangsa berselisih faham.
Suspek dipercayai mengambil kesempatan memujuk mangsa dengan memeluknya erat sehingga remaja itu berasa tidak selesa.
“Pada 10 Jun lalu, suspek menghantar mesej kepada mangsa menyatakan hasrat mahu memeluknya lagi, namun mangsa menolak.
“Suspek juga dipercayai kerap mengintip mangsa ketika dia sedang mandi dan tidur, menyebabkan remaja itu berasa takut,” katanya.
Mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibunya pada Selasa lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Kandang pada hari sama.
Susulan laporan tersebut, sepasukan anggota dari Cawangan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menahan suspek petang semalam sebelum membawanya untuk permohonan reman hari ini.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
