Berita Jenayah
Lelaki Myanmar maut ditikam selepas buat kacau ketika mabuk
KUANTAN 17 Ogos – Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas ditikam rakannya dalam satu pergelutan di sebuah rumah kongsi pekerja lombong bijih timah di Sungai Bayas, Sungai Lembing di sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mangsa berusia 42 tahun itu dipercayai dalam keadaan mabuk sebelum bertindak mengganggu rakan-rakannya yang sedang tidur kira-kira pukul 4.30 pagi.
Menurutnya, keadaan itu mencetuskan pergelutan sebelum mangsa ditikam di bahagian dada.
“Mangsa dibawa ke hospital oleh seorang rakan dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi akibat kecederaan parah.
“Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mengesahkan punca kematian adalah luka tikaman pada bahagian tubuh,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Susulan insiden tersebut, polis menahan tiga warga asing dan seorang lelaki tempatan di rumah kongsi berkenaan pada pukul 7.30 malam hari sama bagi membantu siasatan.
“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dengan bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang turut menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.
“Hasil siasatan, polis menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian serta mengambil empat sampel darah di tempat kejadian untuk analisis lanjut,” jelas beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
