Berita Jenayah
Polis buru individu siat kulit anjing hidup-hidup hingga parah di Melaka
MELAKA 18 Ogos - Polis giat memburu pihak tidak bertanggungjawab berhubung kejadian kejam seekor anjing disiat kulit pada badan dan kepala hidup-hidup di kawasan perindustrian Krubong yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian itu mula disedari wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) haiwan kira-kira jam 3 petang Jumaat, sebelum laporan polis diterima pada jam 2.43 petang hari ini.
"Wakil NGO tersebut telah ke lokasi kejadian berdekatan sebuah kilang selepas mendapat maklumat seekor anjing cedera dan pemeriksaan mendapati haiwan itu mengalami luka parah dipercayai didera,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Menurut beliau, seekor anjing berkenaan kemudiannya dibawa ke klinik haiwan oleh seorang individu, namun pemeriksaan doktor veterinar mengesahkan kecederaannya terlalu serius dengan jangkitan kuman yang teruk.
"Anjing itu telah ditidurkan secara eutanasia bagi mengelakkan penderitaan berpanjangan atas nasihat doktor,” katanya.
Christopher berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Insp Rizal Kiraman di talian 013-7702523.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
