Berita Jenayah
Polis tidak tolak kemungkinan suspek kes bunuh pelajar kolej dikenali mangsa
SUBANG JAYA 18 Ogos – Polis tidak menolak kemungkinan suspek kes bunuh seorang pelajar kolej wanita yang ditemukan tergantung pada kipas siling di rumah keluarganya di USJ 2/1 di sini merupakan individu yang dikenali mangsa.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan daripada 12 individu.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan berkemungkinan suspek ialah individu yang dikenali mangsa.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa berusia awal 20-an ditemukan tergantung pada kipas siling di ruang tamu tingkat dua rumah keluarganya.
Polis menerima panggilan kecemasan pada jam 11.55 pagi daripada bapa mangsa yang menemukan anak perempuannya dalam keadaan tragis itu.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat pendarahan di sekeliling tulang hyoid di bahagian leher. Terdapat juga kecederaan pada otot dan tulang yang disahkan berpunca daripada cekikan secara manual.
Mangsa tinggal bersama kakak dan sepupunya, namun ketika kejadian, beliau berada seorang diri di rumah.
Tiada kehilangan harta benda dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
